m

Pramugari Khairunisa selamat dikebumi diiringi tangisan ibunya

KUALA LUMPUR: Mayat Khairunisa Haidar Fauzi, pramugari berusia 22 tahun yang berada dalam penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 ketika ia terhempas, selamat dikebumikan pada Jumaat.

Menurut laporanKompas.comyang memetik laporanSriwijaya Post, Khairunisa dikebumikan di pemakaman keluarganya di Bukit Lama, Palembang.

Laporan itu berkata, pengawalan ketat mengiringi perjalanan jenazah menuju tempat peristirahatan terakhirnya itu.

Suasana hiba dilaporkan mengiringi perjalanan mayat, di mana rakan-rakan setugas Khairunisa dilihat menangis tidak henti-henti di rumah itu.

Kekasih Khairunisa, yang dikenali sebagai Divo, turut hadir dan tampak sedih dengan pemergian Khairunisa.


Khairunisa
Tentera Indonesia membawa keranda pramugari AirAsia Indonesia Khairunisa Haidar Fauzi di hospital polis di Surabaya pada Jumaat, 2 Jan, 2015. - Foto AFP/Manan Vatsyayana


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia,Tan Sri Tony Fernandesdilaporkan melawat rumah Khairunisa untuk menyerahkan sendiri mayatnya kepada keluarganya.

Tony tiba di rumah itu di Jalan Pipa Reja Angkatan 66, sepuluh minit selepas mayat Khairunisa tiba.

Satu lagi laporanKompas.comyang memetik laporan Tribun Sumsel, berkata ibunya menangis sebaik sahaja mayatnya diturunkan ke dalam liang lahad, menambah kepiluan situasi itu.

Setakat ini,30 mayat telah ditemui pasukan mencari dan menyelamat pesawat tersebut, yang diketuai Indonesia.