Jumaat, 2 January 2015
Tanah Merah: Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar ini yang dilanda banjir.
Wartawan Bernama terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di setengah bandar ini, semalam.
“Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Bharu yang terletak 70 kilometer dari sini.
“Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu,” katanya.
Sementara itu, tinjauan semalam mendapati hanya beberapa kedai makan beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan, baru-baru ini. - BERNAMA