m

Apa itu Diego Garcia? Gambar Kepulauan Diego Garcia....

Di tengah-tengah Lautan Hindi, wujud sebuah pulau batu karang kecil yang dinamakan Diego Garcia.

Pernah menjadi habitat untuk komuniti Chagos, Diego Garcia kini menempatkan kemudahan sokongan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Nama pulau ini dilaporkan akhbar tempatan sebagai antara lokasi pendaratan dalam simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Mari kita fahami kedudukan dan fungsi Diego Garcia.


Pulau terpencil ini menempatkan pangkalan sokongan untuk kapal laut dan kapal selam tentera, serta kemudahan komunikasi dan jejak udara.

Selain itu, pangkalan di Diego Garcia turut dilengkapi dua landasan kapal terbang sepanjang 3.7 kilometer.

Walaupun terpencil, pengawal udara di pulau ini berperanan besar dalam beberapa misi ketenteraan Amerika.

Antaranya sebagai sokongan dalam perang Afghanistan dan perang Iraq.

Laman web rasmi Tentera Laut Amerika memaklumkan terdapat sekitar 2, 500 anggota termasuk kakitangan awam di pulau berkenaan.

Walaupun pangkalan tentera ini dimiliki Amerika, sebenarnya kawasan perairan ini adalah sebahagian wilayah Lautan Hindi British.

Berdasarkan perjanjian, Britain membenarkan Amerika mengendalikan pangkalan ini selama 50 tahun berakhir 2016, dengan pilihan untuk menyambungnya selama 20 tahun lagi.

Gambar Kepulauan Diego Garcia..