Pada tahun lalu seramai 87 pesalah dipancung berikutan melakukan pelbagai kesalahan yang membawa kepada hukuman mati di negara tersebut.
Malik bin Said al-Sayaari dipancung pada Khamis di daerah Al-Hasa selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengedar dadah secara berulang kali.
Seorang lagi pesalah, Hussein al-Dussari pula dipancung di Riyadh selepas didapati bersalah menembak mati seorang anggota polis yang cuba menahannya.
Hussein ditahan kerana melakukan turut melakukan pengedaran dadah.
Arab Saudi menguatkuasakan hukuman mati mengikut syariat Islam terhadap pesalah bagi kesalahan rogol, bunuh, murtad, rompakan bersenjata dan mengedar dadah.
Negara tersebut juga dilaporkan terus memperketatkan undang-undang dalam hukuman mati walapupun terdapat pertikaian daripada pertubuhan hak asasi manusia. - AFP