Menurut laman web berita pelik Oddity Central, hampir semua penduduk Kampung Yarumal
mengalami masalah nyanyuk ataupun alzheimer walaupun ada usia penduduknya masih muda dan dipercayai perkara ini terjadi kerana faktor keturunan.
Ada kajian dilakukan perkara ini terjadi kerana amaan terdahulu penduduk di kampung tersebut yang telah mengamalkan perkawinan sesama ahli keluarga yang menyebabkan gen yang buruk tidak dapat dibuang kerana kedua-dua pasangan mempunyi gen yang sama. Contohnya penyakit Alzheimer ini apabila kedua-dua mereka berasal dari darah yang sama pasti mempunyai gen yang sama menyebabkan penyakit ini turun kepada warisnya.
Selain itu kebanyakan penduduk di kampung itu mengalami pelbagai tahap Alzheimer disebabkan toksik protein yang memusnahkan sel-sel otak sehingga menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa.
Simptom tersebut mula dikesan ketika usia pesakit masih muda sebelum mencapai usia 40 tahun.
Walaupun berusaha merawat penyakit yang dialami secara turun temurun, tetapi kemajuan sains perubatan yang ada di pasaran hari ini tidak mampu mengubati penghidap penyakit tersebut.
Bagaimanapun saintis cuba mencari jalan untuk merawat penyakit itu dan Kampung Yarumal dipilih menjadi lokasi pertama sebagai rawatan pemulihan.