m

HARGA MINYAK RON95, RON97 DAN DIESEL ( JANUARI 2015 )


Harga Minyak Petrol Dan Diesel Untuk Bulan Januari 2015

Kuala Lumpur, 31 Dis - Sebelum ini, Ahmad Maslan ada menulis di akaun Twitternya yang mengatakan harga petrol RON 95 dijangkakan antara RM1.95 - RM1.90 berkuatkuasa 1 Januari ini.

Hari ini, beliau telah memuat naik satu status harga lengkap bagi RON 95, RON 97 dan Diesel melalui akaun Twitter miliknya beberapa minit yang lalu.





Menurut status itu, berikut adalah harga terbaru minyak di Malaysia bermula tengah malam ini.

Harga RON 95, RON 97 dan Diesel MULAI 1 Januari 2015 :

RON 95 : RM1.91 seliter.
RON 97 : RM 2.11 seliter.
Diesel : RM 1.93 seliter


Harga yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan ini sedikit berbeza dengan harga yang tersebar di media sosial sebelum ini.

Selain itu, Ahmad Maslan juga sekali lagi meminta agar peniaga mula menurunkan harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak -

STRESS.... BERHATI-HATI KERANA BOLEH MENYEBABKAN KANSER !!!!!

Kerja yang bertimbun-timbun selalu membuatkan ramai sahabat dalam keadaan stress. Ada sesetengah pesakit kanser mengaku salah satu sebab adalah kerana tekanan berkaitan kerja di tempat kerja. Walaubagaimanapun ada pelbagai sebab lain yang mempengaruhinya.

Berbalik kepada perbincangan berkaitan stress !!!!!

Ini ialah kerana stress secara tak langsung melemahkan sistem imuniti badan kita. Bila kita stress atau rasa tertekan ada diantara kita tiada selera makan  atau  terlebih makan dan mengambil makanan yang tidak berkhasiat. Ada juga yang tidak cukup tidur, badan tak cukup rehat dan  rasa cepat letih. Semua faktor-faktor ini jika berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan kita.




Oleh itu amatlah penting sekali kita mencari cara-cara untuk mengurangkan stress atau tekanan kehidupan.  Salah satu cara yang baik ialah dengan bersenam. Lakukanlah senaman seperti taichi atau pilates sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Jika anda tidak punyai banyak waktu, lakukanlah kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop dan mengemas rumah. Dengan cara ini bukan saja badan banyak bergerak tetapi rumah anda juga lebih bersih dan teratur. Bila rumah bersih fikiran pun tenang dan secara tak langsung stres dapat dikurangkan.



Berkebun juga satu kegiatan yang amat baik kerana ia membantu kita mencapai ketenangan dengan menghayati kehijauan alam semulajadi dan udara yang segar. Vitamin D yang didapati dari sinaran matahari juga dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh. Bila tanaman yang kita tanam mula berbunga dan berbuah, kita akan rasa gembira dan dengan cara ini stress dapat dikurangkan.

berbasikal




berjoging bersama keluarga

Menunggang basikal, berjogging dan berjalan juga merupakan senaman yang baik yang dapat bantu kita mengurangkan stress serta meningkatkan taraf kesihatan kita. Namun bagi mereka yang sibuk bekerja dan malas bersenam, cubalah letak kereta anda jauh sikit daripada pejabat dan cuba gunakan tangga daripada naik lif. Dengan cara ini , anda terpaksa berjalan untuk pergi ke pejabat dan balik dari  pejabat.


Bagi yang beragama islam pula bersolat dan berdoa merupakan cara yang baik untuk mengurangkan stress, kerana tidak ada yang lebih baik daripada tuhan untuk membantumu didalam kesusahan. Bersolatlah dan dengan ikhlas hati dan berdoalah dengan tawaduk memohon pertolongan illahi. Bangkitlah disepertiga malam dan lakukanlah solat tahajud. Faedah solat tahajud amat banyak sekali. Menurut Dr Muhammad Soleh, pensyarah IAIN Surubaya solat tahajud yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan secara tak langsung menghindari penyakit seperti kanser.



Amalkanlah cara hidup yang sihat dan kurangkan stres dalam hidup. Jaga permakanan dan teruskan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin b17 seperti biji aprikot. Jangan lupa mengambil banyak sayur-sayuran serta buah-buahan yang kaya dengan vitamin untuk tingkatkan sistem imunisasi anda. Dengan izin Allah anda dapat sembuh dari kanser.

Bencana Akhir Zaman Akan Terjadi Jika 15 Perkara Ini Sudah Dilakukan !!!!

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ......

Bencana Akhir Zaman Akan Terjadi Jika 15 Perkara Ini Sudah Dilakukan !!!!
PENJELASAN Rasulullah SAW mengenai bencana sering dikaitkan dengan pra-kondisi sebelum terjadinya bencana tersebut. Hadist riwayat Imam Atturmudzi  dan ulama yang menghimpun hadis ini adalah ulama Alwalial annajdwi yang menghimpun 40 hadis yang menerangkan tentang bencana tersebut. Ketika dia mentafsirkan hadis ini beliau memberi judul “ Lima Kederhakaan / Kemaksiatan yang Dapat Menyebabkan Datangnya Bencana.”

Dari Ibnu Ali bin Abi Thalib berkata, bahawa Rasulullah telah bersabda : “Bila mana umatku telah mengerjakan 15 perkara ini, maka bala bencana pasti akan turun menimpa mereka.” Sahabat bertanya., “Apa 15 perkara itu ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Bala akan datang bilamana :
1. Harta Negara hanya beredar (dipegang) di kalangan orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah telah dijadikan sumber keuntungan.
3. Apabila zakat dijadikan hutang.
4. Bala akan datang bila mana suami menurut kemahuan isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbuat baik kepada teman sebayanya (pada kehidupan keluarga)
7. Menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid...
9. Pemimpin suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.( banyaknya pemimpin yang dipilih dari golonganya sendiri dengan dalih kebenaran menurut golongan mereka sendiri)...
10. Seseorang dimuliakan kerena ditakuti kejahatannya....
11. Arak (minuman beralkohol)  diminum dimerata tempat....
12. Kain sutera banyak digunakan oleh kaum laki-laki....
13. Penyanyi disanjung-sanjung....
14. Muzik banyak dimainkan....
15. Generasi akhir zaman ini melaknat / menyalahkan generasi pertama yakni para sahabat radiallahu anhum ajmain....

Akhir dari sabda Rasulallah SAW adalah : “Maka hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka dirubah menjadi mahluk yang lain apabila mereka telah melakukan 15 perkara tersebut.” [Rayhan]
SUMBER : www.islampos.com